PETALING JAYA – Sekumpulan pelajar alami detik cemas apabila dikejar seekor lembu ketika menyertai acara rentas desa anjuran sebuah sekolah.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, Nur’ain, menunjukkan sekumpulan pelajar sedang berlari sebelum seekor lembu tiba-tiba meluru ke arah mereka.
Video berdurasi beberapa saat itu turut disertakan dengan kapsyen, “Dah elok-elok lari sekali dekat depan, tiba-tiba kena kejar”, mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tahap keselamatan semasa acara itu berlangsung.
“Cikgu-cikgu tak ronda naik motosikal ke ikut? Biasa kalau aktiviti macam ni cikgu akan pantau,” kata seorang pengguna, Ujang Selamat.
Seorang lagi pengguna, Ahmad, berpendapat pihak sekolah perlu bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
“Kena ambil tindakan kepada sekolah, kenapa tak awasi sekitar kawasan dan keselamatan anak murid? Ada cikgu ke waktu tu?” soalnya.
Sementara itu, Jundu turut menegaskan bahawa pemantauan perlu dilakukan sebelum aktiviti luar seperti ini dijalankan.
“Sekolah perlu pantau keselamatan sebelum buat aktiviti, bahaya betul!” katanya. – KOSMO! ONLINE
@ainz.qish dah elok ii lari sekali kat depan tibe ii kene kejar 🙏🏻😭#traumadudukdepan#trytrackmerentasdesa#4u #budaksukan #xybca #bbr ♬ เสียงต้นฉบับ – มีโชค🫡❤️ (200k)