fbpx

Pos Malaysia rekod hasil RM459 juta suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatat hasil sebanyak RM459 juta bagi suku tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 mewakili penurunan marginal sebanyak 0.6 peratus berbanding suku keempat tahun lalu.

Hasil bersih berjumlah RM1.85 bilion bagi tahun penuh, mencerminkan penurunan kecil sebanyak 0.9 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, meskipun berdepan cabaran seperti penurunan berstruktur yang berterusan dalam volum mel tradisional, yang jatuh sebanyak sembilan peratus oleh sebab peralihan kepada komunikasi digital, Kumpulan mengalami pertumbuhan positif dalam segmen bungkusan.

“Didorong oleh peningkatan bahagian pasaran berasaskan perkhidmatan dalam sektor B2B dan B2C, volumbungkusan meningkat sebanyak 13 peratus tahun ke tahun, menunjukkan kekuatan transformasi
strategik dan tahap perkhidmatan terkemuka Pos Malaysia di pasaran.

“Ketika kami mengemudi pasaran yang sentiasa berkembang, kami kekal komited dalam
melaksanakan pelan transformasi dan telah melihat peningkatan yang memberangsangkan di
seluruh bidang fokus perniagaan utama.

“Tambahan pula, kami mencapai kemajuan dalam kecekapan operasi dengan mengoptimumkan rangkaian mel dan bungkusan kami, menguruskan tenaga kerja kami dengan berkesan, dan memanfaatkan infrastruktur nasional kami yang luas dan tiada tandingan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI