fbpx

Lelaki jerut wanita, curi emas disangka tulen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOI dipercayai menunggang sebuah skuter bersama Pairat. - Foto Facebook/Brickinfo News

BANGKOK – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh seorang wanita dan meninggalkan mayatnya di sebuah kawasan sawah padi di daerah Sampran, wilayah Nakhon Pathom, lapor portal berita Thaiger hari ini. 

Selepas melakukan pembunuhan, suspek mencuri barangan kemas milik mangsa, tetapi ia kemudian disahkan palsu.

Mangsa dikenali sebagai Noi, 63, mati dijerut menggunakan tali pinggang merah, manakala suspek dikenali sebagai Pairat dan berusia 59 tahun.

Polis menjejaki suspek sebelum menemuinya di sebuah kedai emas ketika cuba menjual emas yang dicuri. 

Pemilik kedai kemudian memaklumkan kepada polis bahawa emas yang dibawa oleh Pairat adalah palsu.

Polis menahan suspek untuk siasatan lanjut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI