fbpx

3,048 kes baharu, 11 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,048 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 186,849 kes.

Kementerian Kesihatan menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,040 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 41,076 kes.

“Terdapat 11 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 689 kes.

“Selain itu, sebanyak 3,638 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 145,084 kes,” kata ciapan tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 261 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 101 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI