fbpx

[KEMASKINI] Hud Aryan dijumpai lemas, tersangkut celah pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mengangkat mayat Hud Aryan yang dijumpai di Sungai Kerilla, Tanah Merah.FOTO IHSAN KELUARGA

TANAH MERAH – Selepas hampir 72 jam hilang, jasad kanak-kanak lelaki yang hilang di rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam kelmarin akhirnya dijumpai lemas selepas dihanyutkan arus ke Sungai Kerilla dekat sini sebentar tadi.

Mayat Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi yang berusia setahun tujuh bulan dijumpai lengkap berpakaian pada pukul 4.15 petang oleh anggota bomba beberapa kilometer dari rumah neneknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, mangsa ditemui tersangkut celah pokok di dalam sungai berkenaan dan tiada sebarang kecederaan ditemui pada anggota badan kanak-kanak itu.

“Anggota bomba mengeluarkan mayat kanak-kanak itu dari sungai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI