fbpx

Wanita berhenti kereta tepi jalan, ‘ajar’ anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu memukul anaknya dengan sebatang dahan di tepi sebuah lebuh raya di China. - SCMP

BEIJING – Seorang wanita di China mengundang perhatian ramai selepas memberhentikan keretanya di tepi sebuah lebuh raya untuk mendisiplinkan anaknya yang degil, lapor portal berita Gulf News semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Zhengzhou, wilayah Henan baru-baru ini. 

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial memaparkan wanita bernama Zhang itu menarik anaknya keluar daripada kereta di lorong kecemasan sebelum disebat dengan ranting kayu. 

“Saya bertindak sedemikian kerana anak saya mengancam untuk melompat keluar dari kereta semasa bergerak. 

“Ancaman itu menjejaskan keupayaan saya untuk memandu dengan selamat,” kata Zhang. 

Tambah Zhang, dia nekad untuk memberikan pengajaran sewajarnya semasa kejadian meskipun sedar akan didenda akibat melanggar peraturan lalu lintas. 

Rakaman itu mencatatkan lebih lima juta tontonan dan sebilangan netizen menyarankan Zhang untuk mendisiplinkan anaknya di rumah kerana lebih selamat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI