fbpx

CEO muda ditahan bantu ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kritsada ditahan kerana membantu ‘scammer' menjalankan skim pelaburan palsu di Thailand. - Thaiger

BANGKOK – Polis menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat di Thailand kerana membantu ‘scammer’ menipu orang ramai dengan jumlah penipuan sehingga 800 juta baht (RM104 juta) melalui skim pelaburan palsu, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Suspek yang dikenali sebagai Kritsada, 23, didakwa mendaftar sebuah syarikat yang dijalankan oleh ‘scammer’ untuk melakukan sindiket pengubahan wang haram dan menerima 500 baht (RM66) bagi setiap peranannya. 

“Lebih 50 mangsa melabur dalam skim pelaburan saham palsu tersebut, menyebabkan kerugian keseluruhan mencecah lebih 800 baht. 

“Sindiket itu didalangi oleh kumpulan penjenayah terancang yang menggunakan syarikat baru berdaftar untuk menjalankan transaksi,” kata penyiasat. 

Semasa disoal siasat, Kritsada mengaku dirinya diupah oleh seorang wanita bernama Ploy untuk mendaftarkan syarikat itu di bawah namanya. 

Dia menerima 500 baht sebagai bayaran pendaftaran sebelum menyerahkan dokumen syarikat, akaun bank dan kad sim kepada Ploy. 

“Saya tidak tahu mereka akan menggunakan syarikat itu untuk sindiket penipuan. Saya hanya melakukannya demi wang,” kata Kritsada. 

Polis sedang giat menjalankan siastan dan mengenal pasti individu lain yang terlibat termasuk Ploy. 

“Ini adalah jenayah terancang peringkat tinggi yang melibatkan pelbagai pihak. Kami berazam untuk membawa semua individu yang bertanggungjawab ke mahkamah,” tambah polis. 

Kritsada didakwa secara rasmi dan dibawa ke mahkamah untuk prosiding undang-undang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI