fbpx

Trump jual ‘kad emas’ untuk jadi rakyat AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail penumpang memegang pasport di lapangan terbang. - AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan inisiatif baharu untuk warga asing mendapatkan kerakyatan Amerika Syarikat (AS) menerusi penjualan kad emas pada harga AS$5 juta (RM22 juta), lapor akhbar Independent.

Trump berkata, melalui kaedah tersebut, pemiliknya akan diberikan keistimewaan sama seperti Kad Hijau yang dianggap sebagai pemastautin tetap Amerika. Ia seterusnya membuka jalan untuk menjadi warganegara AS.

“Kami akan meletakkan harga kad itu kira-kira AS$5 juta dan ia akan memberi anda keistimewaan (sama seperti) Kad Hijau (menjadi pemastautin tetap).

“Ini sekali gus membuka laluan untuk anda mendapat kewarganegaraan (AS),” kata Trump di White House kelmarin. 

Beliau menambah, kad itu hampir menyamai Kad Hijau tetapi mempunyai tahap kecanggihan lebih tinggi.

“Golongan kaya akan masuk ke negara kita dengan membeli kad ini.

“Mereka akan terus kaya, berjaya dan membelanjakan banyak wang, membayar cukai tinggi serta menggaji ramai orang.

“Kami berpendapat, inisiatif ini akan menjadi sangat berjaya dan tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata Trump.

Program kewarganegaraan baharu itu diumumkan ketika pentadbiran Trump melaksanakan tindakan tegas terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI