fbpx

Speedy Tigers akui sukar tanpa Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL (tengah) membuat keputusan muktamad untuk bersara dan memberi tumpuan kepada karier kejurulatihan.

KETIADAAN penyerang berbisa, Faizal Saari memberikan tamparan hebat kepada skuad hoki negara apabila ketua jurulatihnya, Sarjit Singh mengakui masih tiada pemain yang mampu menggantikan bakat bintang luar biasa itu dalam pasukan kebangsaan.

Faizal yang baru sahaja muncul penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (MHL) buat kali kedua berturut-turut, mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan selepas membantu Pasukan Hoki Terengganu (THT) menjuarai Piala TNB pada Sabtu lalu.

Keputusan mengejut itu hadir ketika Speedy Tigers sedang bersiap sedia menghadapi dua kejohanan penting tahun ini iaitu Piala Negara-Negara FIH pada Jun dan Sukan SEA Thailand pada Disember.

“Selepas MHL, dia (Faizal) membuat keputusan untuk bersara. Jadi, kita kena teruskan perjalanan ini. Faizal memang pemain yang hebat, tetapi kita tidak boleh bergantung pada seorang pemain sahaja,” kata Sarjit.

Faizal sebelum ini pernah menarik diri daripada skuad kebangsaan, tetapi kembali atas hubungan baiknya dengan Sarjit, namun kali ini, keputusannya untuk bersara dilihat muktamad kerana mahu memberikan fokus kepada karier kejurulatihan.

Sarjit yang ditemui pada sidang akhbar pengumuman 30 pemain kebangsaan semalam berkata, pasukan perlu mencari pelapis muda sebagai persiapan jangka panjang menjelang Sukan Asia 2026.

“Kami mula mengambil alih skuad ini pada Mac tahun lalu, jadi baru 11 bulan. Kami perlukan masa untuk membentuk pasukan yang lebih mantap dan diharap tahun ini pemain muda dapat menunjukkan peningkatan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN