fbpx

Peluang besar Tang Jie-Ee Wei di All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE-Ee Wei memiliki peluang untuk mencipta kejutan di All England selepas beberapa pemain utama tidak menyertai selain ada pasangan yang bertukar gandingan.

KETIADAAN beberapa gandingan ternama yang mengumumkan persaraan dan memecah gandingan dianggap sebagai peluang terbaik buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk menjuarai Kejohanan Badminton All England.

Ketua jurulatih beregu campuran Akademi Badminton Malaysia (ABM), Nova Widianto meletakkan harapan itu ke atas pasangan No. 4 dunia berkenaan kerana menganggap sesiapa sahaja boleh menjadi juara dalam acara tersebut.

Nova berkata, sekiranya Tang Jie-Ee Wei mampu mengawal emosi dan menyerap tekanan, mereka mampu untuk menampilkan aksi terbaik, sekali gus berpeluang untuk melangkah jauh pada saingan Jelajah Dunia Super 1000 itu.

Juara Terbuka Korea tahun lalu itu dianggap tidak berdepan masalah dari segi kecergasan memandangkan sudah berehat lebih sebulan kerana tidak menyertai pasukan negara ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) sebelum ini.

“Mengenai persiapan mereka, sebelum ini BAMTC pun mereka tidak pergi, jadi lebih fokus. Bagaimanapun, kita selalu ingatkan, boleh untuk meletakkan sasaran, tetapi kadang-kadang perlu dikawal kerana kekurangan mereka ada di situ.

“Secara peribadi, untuk All England kali ini semua pemain boleh menjadi juara, bukan hanya Tang Jie-Ee Wei atau China kerana ada beregu-beregu lama yang sudah bersara dan berpecah,” katanya.

Sebelum menggalas cabaran pada All England yang membuka gelanggang 11 hingga 16 Mac nanti, Tang Jie-Ee Wei akan beraksi di Terbuka Orleans (4 hingga 9 Mac) terlebih dahulu sebagai aksi pemanas badan.

Tambah Nova, beliau perlu memastikan kedua-dua anak buahnya itu dapat menyerap setiap tekanan yang ada dalam usaha mereka untuk mengeluarkan permainan sebenar pada tahap terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI