fbpx

BN beri peluang kepada semua kumpulan di Ayer Kuning, senarai pendek calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID pada majlis perasmian Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Felcra Berhad di Tanjung Seratus, Kuala Rompin hari ini.

ROMPIN – Barisan Nasional (BN) membuka peluang kepada semua kumpulan termasuk wanita, pemuda dan puteri untuk diketengahkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang penting adalah calon yang dipilih mewakili BN pada PRK DUN Ayer Kuning adalah mempunyai ciri WALI iaitu boleh menang, boleh diterima dan disukai rakyat.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak dan juga jawatankuasa UMNO perhubungan negeri serta kepimpinan bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.

“Kita beri peluang kepada semua kumpulan kita akan senarai pendekkan bakal-bakal calon itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Felcra Berhad di Tanjung Seratus, Kuala Rompin di sini hari ini.

PRK Ayer Kuning bakal diadakan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain masing-masing dari PH, PN, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI