fbpx

EPL: Chelsea temui semula cara menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA kembali bersaing untuk mencari penamat di kelompok empat terbaik selepas meraih kemenangan ke atas Southampton awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Chelsea kembali menemui rentak kemenangan selepas membelasah pasukan tangga tercorot, Southampton 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan The Blues menamatkan rentak kekalahan tiga perlawanan berturut-turut dan kembali menghidupkan peluang mereka untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat teratas.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menganggap kemenangan itu sangat penting bagi menaikkan semula semangat pemain-pemainnya, lebih-lebih lagi mereka hanya memiliki baki 11 perlawanan musim ini.

“Saya sangat gembira kami catat kemenangan kerana baki perlawanan selepas ini sangat penting buat pasukan. Hasil tiga mata yang diraih akan membantu kami untuk mendaki kedudukan liga.

“Semua pemain tahu kami akan terus jatuh (kedudukan) jika tidak dapat mengutip tiga mata penuh. Saya sangat lega kerana mereka berjaya mengawal emosi dengan baik sehingga tamat perlawanan,” katanya.

Tambah beliau, walaupun Chelsea menampilkan aksi terumbang-ambing musim ini tetapi mereka masih mampu untuk mencabar kelompok empat teratas apabila hanya dibezakan beberapa mata dengan pasukan tangga kedua dan ketiga.

“Saya beritahu kepada pemain-pemain bahawa kami berada dalam tempoh yang sangat sukar tetapi masih mampu mencabar kelompok empat teratas. Kami bersedia untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan terbaik,” ujar Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI