fbpx

Tayar lori botak antara kesalahan dikesan JPJ di Melaka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tayar botak dikesan pada Ops Khas Gempur Teknikal 2025 di laksanakan JPJ Melaka.
MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan sebanyak 292 saman dalam operasi serentak menerusi Ops Khas Gempur Teknikal 2025 di tiga plaza tol utama di negeri ini semalam.
Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 643 buah kenderaan terdiri daripada kenderaan persendirian dan barangan diperiksa dengan 102 kenderaan dikenal pasti melakukan pelbagai kesalahan.
JPJ Melaka berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan sebanyak 206 notis atas kesalahan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, serta pelbagai isu teknikal.
“Sebanyak 50 notis PG1 dikeluarkan sebagai larangan penggunaan kenderaan, sementara 53 notis arah pemeriksaan kenderaan dikeluarkan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dlaam kenyataan di sini hari ini.
Dalam operasi menyeluruh di Plaza Tol Alor Gajah, Ayer Keroh dan Jasin, JPJ turut mengambil tindakan ke atas lapan kesalahan di bawah Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 termasuk tiga lori yang dikesan menggunakan tayar haus atau rosak yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI