fbpx

Rondaan perairan Kelantan dipertingkat sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erwan Shah (kiri) menyampaikan medal tempat ketiga kepada Mustaqim Amir pada Program Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Bersama Agensi dan Media di Lapang Sasar Gong Kedak, Besut hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

BESUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan terus meningkatkan rondaan di perairan Kelantan bagi mengelakkan pencerobohan nelayan asing, penyeludupan dan jenayah laut sepanjang bulan Ramadan.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, rondaan secara berkala tetap dijalankan di perairan Kelantan yang mempunyai keluasan 22,000 kilometer agar sentiasa selamat.

Menurutnya, aset kapal dan bot peronda APMM dengan kekuatan lebih 30 anggota akan berada di lautan sepanjang 24 jam mengikut syif tugasan yang ditetapkan.

“Tiada istilah penat dan alpa dalam menjaga keselamatan perairan negara. Lapar dan dahaga kerana ibadah puasa tidak menjadi alasan kepada kami bagi menjaga sempadan negara.

“Rondaan dan tugasan APMM akan terus berjalan termasuk semasa musim Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas Program Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Bersama Agensi dan Media di Lapang Sasar Gong Kedak, di sini hari ini.

Pada program itu, wartawan sambilan Kosmo!, Mustaqim Amir Azuari Mohamed mendapat tempat ketiga bagi kategori ketepatan menembak.

Mengulas lanjut, Erwan Shah memberitahu, statistik pencerobohan nelayan asing dianggarkan sama tanpa mengira bulan kerana penjenayah sentiasa mencari peluang untuk mencuri hasil laut negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI