fbpx

Kes bunuh, cubaan bunuh pelajar UiTM Dungun dibicara bersama di Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan (kanan) dibawa ke kamar mahkamah bagi kes membunuh dan cubaan membunuh pelajar UiTM Dungun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan kes seorang suri rumah yang dituduh cubaan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan pada 9 Oktober tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20.

Perbuatan itu didakwa sewaktu Norizan memandu kenderaan utiliti sukan (SUK) Honda CR-V Jalan Pantai, Dungun pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober lalu.

Dalam pada itu di Mahkamah Majistret di sini pula, Majistret Dr. Teoh Shu Yee turut memerintahkan kes membunuh tiga pelajar UiTM Dungun dalam kemalangan sama yang turut melibatkan Norizan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Perintah tersebut bagi membolehkan kedua-dua kes dibicara secara bersama di mahkamah tinggi.

Berdasarkan tiga pertuduhan terbabit, Norizan didakwa menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20.

Kosmo! 11 Oktober lalu melaporkan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda HR-V dipandu Norizan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI