fbpx

Tambang RTS Link ambil kira tukaran wang Malaysia, Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-KERJA pemasangan sistem rel giat dilakukan di Stesen Bukit Chagar dan Depoh Wadihana bagi projek RTS Link mencapai tahap kemajuan lebih 65 peratus pembinaan di Johor Bahru. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Harga tambang perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link) akan ditetapkan dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk perbezaan tukaran mata wang antara Malaysia dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operation (RTSO) Ptd. Ltd., Dr. Ahmad Marzuki Ariffin berkata, pengumuman itu dijangka akan dibuat kepimpinan tertinggi negara, tahun depan.

“Ada banyak proses diambil kira untuk menentukan tambang, apatah lagi melibatkan dua buah negara. Buat masa sekarang kita belum boleh kongsi apa-apa maklumat, tetapi akan diumumkan tahun depan.

“Tetapi perbezaan mata wang akan diambil kira, sama ada tambang hanya di dalam ringgit Malaysia atau dolar Singapura atau kedua-duanya akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam sesi taklimat Penglibatan Media RTSO bersama media yang diadakan di Menara JLand, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Projek RTSO, Zahrin Abd. Gani.

Pada masa sama, Ahmad Marzuki turut memaklumkan kerja-kerja sistem rel RTS Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura telah mencapai tahap kemajuan sebanyak 50 peratus.

“Sementara itu, pemasangan kerja landasan di Depoh Wadi Hana berjalan mengikut jadual dengan lebih 65 peratus kerja telah siap melibatkan pemasangan pengalas landasan, landasan rel serta kerja mengikat kedua-dua komponen.

“Kami jangka kerja landasan dapat diteruskan ke arah Stesen Woodlands North di Singapura dan dijangka siap Julai ini. Manakala bermula Mac, kerja pemasangan komponen pembekal kuasa landasan, sistem isyarat dan komunikasi akan bermula,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI