fbpx

Masjid, surau wajib perketat keselamatan susulan kes noda budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tiga dari kanan) menurunkan tandatangan sebagai merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 peringkat Zon Utara di Ipoh, hari ini.

IPOH – Tahap keselamatan di masjid dan surau menjadi tumpuan pada Ramadan ini ekoran kes seorang lelaki disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor, baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri melihat soal keselamatan sebagai kepentingan bagi memantau dan mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Diharapkan mereka (masjid dan surau) yang mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV), menggunakan fasiliti itu untuk menjaga keselamatan terutama kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat zon utara di Ipoh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kes tersebut yang dilaporkan berlaku ketika solat Subuh di masjid tersebut pada 21 Februari lalu.

Rakaman CCTV masjid menunjukkan suspek yang berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah belakang dan membawa kanak-kanak itu keluar.

Dalam masa sama, Nancy menggesa orang ramai tidak menyebarkan video dan gambar kes menerusi laman sosial memandangkan mangsa adalah kanak-kanak yang dilindungi di bawah undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI