fbpx

Akar reput punca pokok beringin tumbang hempap Aszehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid menyampaikan sumbangan ihsan pihaknya kepada isteri Allahyarham, Siti Norwani Mohamed. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Akar pokok beringin yang telah reput dipercayai menjadi punca pokok berkenaan tumbang sehingga mengorbankan seorang peniaga makanan dalam kejadian di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.31 petang itu, Allahyarham Aszehari Ansar, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila tersepit dalam kereta jenis Mercedes Benz selepas mengambil anak perempuannya pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bukit Kuda.

Anaknya, Nur Asyifa, 13, yang duduk di tempat duduk belakang kenderaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan diselamatkan oleh orang ramai.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, perkara itu diketahui hasil pemeriksaan terhadap pokok yang tumbang berkenaan.

“Kalau ikut kejadian petang Isnin itu, ada hujan dan ribut dan hanya sebahagian pokok sahaja yang tumbang. Apa yang kami lihat, didapati akar pokok itu telah reput.

“MBDK kini sedang melakukan rundingan dengan syarikat insurans bagi memberikan pampasan kepada keluarga Allahyarham melalui Insurans liabiliti awam yang dibeli PBT itu,” katanya ketika melawat ahli keluarga Allahyarham Aszehari di Masjid Diraja Sultan Sultan Suleiman, di sini, lewat petang semalam.

Abd. Hamid memberitahu, kerja menyelanggara kesemua pokok di bawah selian MBDK dijangka bermula pada bulan hadapan ekoran baharu sahaja selesai melakukan proses sebut harga kepada kontraktor.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang remaja mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat apabila menyaksikan bapanya maut di depan mata ekoran dihempap sebatang pokok besar dalam kejadian di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda di sini, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI