fbpx

Anak serang bapa guna parang ditemui lesu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI rumah warga emas yang ditetak anak sendiri di Kampung Padang Besar Selatan, dekat Kangar, kelmarin.

ARAU – Seelpas tiga hari diburu, polis berjaya memberkas seorang lelaki yang menetak bapanya dengan parang di sekitar Kampung Padang Besar Selatan, Kangar dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Md. Yusop berkata, penganggur berusia 45 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 10 pagi.

“Ketika ditahan, suspek dalam keadaan lesu kerana berkemungkinan tidak makan dan minum selama beberapa hari sejak kejadian tersebut berlaku (Isnin lalu).

“Tiada sebarang pergelutan kerana suspek tidak agresif dan polis sedang mengesan parang yang digunakan lelaki tersebut (ketika kejadian),” katanya selepas majlis penutup Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Suksis Universiti Awam peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Perlis di sini, hari ini.

Menurut Yusharifuddin, laporan perubatan menyatakan mangsa pesara yang berusia 73 tahun mengalami kecederaan terbelah bahagian telinga kiri serta tengah dan kanan kepala.

Polis akan membawa suspek ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI