fbpx

Sudah nafi, netizen tetap dakwa Fattah, Amira sedang bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bukan sekadar promosi pemasaran, Fattah dan Amira dikatakan bercinta.

PETALING JAYA – Meski sudah menafikan telah mengikat tali pertunangan, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman tetap dihambat dengan dakwaan sedang bercinta ketika ini.

Perkara tersebut membanjiri media sosial sejak semalam selepas tular video mereka muncul bersama bagi mempromosikan sebuah produk penjagaan wajah.

Kata netizen, pandangan dan reaksi penyanyi berkenaan terhadap Fattah dilihat berbeza berbanding sebelum ini malah pemilik jenama produk tersebut sempat mengusik Amira bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Kalau Fattah dan Amira jadi kahwin nanti, saya tetap sambung kontrak,” kata pengasas jenama tersebut kepada Amira yang tersipu malu ketika itu.

Video lain yang turut tular adalah kelibat Amira pada majlis kesyukuran menyambut Ramadan yang dianjurkan Fattah baru-baru ini.

Perkara tersebut mengundang tanda tanya ramai susulan Fattah menjemput Amira pada majlis tersebut berbanding selebriti lain.

Paling mengundang perhatian adalah tempat duduk Amira bersama keluarga Fattah yang juga bersebelahan ibu aktor berkenaan.

Situasi tersebut menguatkan lagi khabar angin mereka kini sedang hangat bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Tak kisahlah mereka nafi, tapi tetap rasa Fattah dan Amira sedang bercinta.

“Sekarang ini, pandangan Amira dan Fattah terhadap antara satu sama lain nampak berbeza. Macam ada sesuatu!

“Awalnya rasa gimik tapi lama-lama rasa lain macam pula,” komen netizen.

Pada Isnin lalu, Fattah dan Amira dalam kenyataan berbeza menafikan menafikan dakwaan kononnya sudah melangsungkan pertunangan seperti yang tular sejak Ahad lepas.

Kata Fattah, dia menganggap khabar angin itu mungkin timbul kerana komen netizen yang mendoakan mereka berdua.

Terdahulu, sebuah portal berita mendakwa Fattah telah merisik dan bertunang dengan Amira pada Jumaat lalu serta bakal melangsungkan pernikahan pada Syawal nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI