fbpx

Lapangan Terbang Kota Bharu sudah layak kendali penerbangan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang mendaftar masuk bagasi di kaunter pendaftaran terminal baharu LTSIP fasa 1 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sudah boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti mana lapangan terbang domestik lain antaranya Kuantan dan Ipoh walaupun tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek menaik taraf LTSIP kini sedang giat dilaksanakan yang mana fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembinaan telah siap pada 30 April 2024 dan kini diikuti dengan fasa kedua.

“Apabila projek ini siap sepenuhnya, maka terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) akan dapat menampung kapasiti sehingga 4 juta penumpang setiap tahun atau 4 mppa (million passengers per anum – mppa).

“Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 2 Mei 2024, Kementerian Pengangkutan (MOT) juga sedang meneliti skop teknikal dan anggaran kos bagi melaksanakan pemanjangan landasan di LTSIP dengan tambahan sebanyak 400 meter, menjadikan keseluruhan landasan sejauh 2,800 meter,” jelas belaiu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang ingin tahu usaha terkini kerajaan bagi menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Tambah Loke, kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan negara untuk mewujudkan laluan baharu, termasuk laluan antarabangsa.

Walau bagaimanapun jelas beliau, keputusan untuk mewujudkan laluan tersebut adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan berasaskan kepada daya maju komersial dan daya tarikan destinasi tersebut. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI