fbpx

Tindakan tegas terhadap perosak alam sekitar – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bukit yang ditarah menjadi penyebab kepada pesisiran pantai bertukar menjadi merah.

MANJUNG – Kerajaan negeri Perak akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menjadi penyebab terhadap kerosakan Pantai Teluk Akuan di Segari seperti dilaporkan semalam.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, tindakan akan diambil selepas penilaian dan perbincangan dibuat jabatan berkaitan.

“Saya sudah minta laporan daripada jabatan-jabatan berkenaan,” katanya ringkas melalui pesanan WhatsApp yang dikongsi kepada pengamal media hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul berkata, pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan awal di lokasi dan mendapati ia dilakukan oleh pihak lain dan bukan pihak yang dikesan mengakibatkan kerosakan di alur air bermusim seperti dilaporkan sebelum ini.

Katanya, berdasarkan rekod, pihak berkenaan juga didapati mempunyai kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam (EIA) pada tahun 1995.

“Siasatan bersepadu dijalankan hari ini dengan membabitkan JAS, Jabatan Perhutanan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan pegawai daripada pejabat Exco kerajaan negeri.

“Setakat ini mereka masih berada di lapangan dan hasil siasatan juga masih belum diterima (untuk mengatakan sama ada pihak berkenaan mematuhi EIA atau sebaliknya),” katanya ketika dihubungi.

Kosmo! hari ini melaporkan, kesan kemusnahan alam sekitar berikutan kegiatan kuari yang dikesan tidak mematuhi beberapa syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang sedang dijalankan di Hutan Simpan Segari Melintang kini merebak ke Pantai Teluk Akuan yang terletak berhampiran.

Pantai yang turut menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur itu kini tercemar dengan kesan tanah yang turut mengakibatkan persisirnya dikelilingi warna keruh tanah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI