fbpx

Lima lelaki termasuk tiga beranak didenda RM2,000 pukul Paijang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Paijang dibelasah orang ramai kerana terlanggar sebuah gerai makanan di Kemaman, bulan lalu.

KEMAMAN – Enam lelaki termasuk tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada kelmarin bagi pertuduhan mencederakan lelaki orang kurang upaya (OKU) mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau Paijang di Pasar Pagi Padang Astaka di sini pada bulan lalu.

Keenam-enam tertuduh berusia antara 18 hingga 60 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, lima daripada tertuduh terbabit membuat pengakuan bersalah.

“Seorang lagi tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

“Mereka yang mengaku bersalah telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini keenam-enam tertuduh kes pukul Paijang disiasat mengikut Seksyen 147 iaitu merusuh sebelum dicadangkan kepada Seksyen 323 akta sama atas arahan Pejabat Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI