PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang mencuri perhatian ramai apabila berbelanja sakan membeli busana sempena Hari Raya Aidilfitri sehingga mencecah ratusan ribu ringgit baru-baru ini.
Perkara tersebut mengejutkan ramai selepas Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin memuat naik sebuah video bersama suami yang disapa sebagai Opai dan anak-anaknya ke sebuah butik jenama pakaian terkenal untuk menempah busana hari raya.
Paling memeranjatkan umum ialah jumlah bayaran untuk persiapan tersebut yang dibayar oleh Opai mencecah RM101,450.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan jumlah yang dibayar Opai.
Lucunya, ada yang menyamakan jumlah tersebut seperti membayar pinjaman perumahan.
“Wah RM100,000 untuk beli baju raya. Saya jumlah itu buat pinjaman nak renovasi rumah.
“Fuh RM100,000 bayar begitu sahaja, lain macam ‘shopping’ raya,” komen netizen.
Dalam masa sama, netizen juga memuji sikap Opai yang tidak kedekut berbelanja besar untuk keluarganya.
“Untungnya Fatin dapat suami yang sanggup berhabis duit untuk keluarga dan bertanggungjawab.
“Bagus Opai layan anak-anak tiri pun mewah. Contoh untuk para suami dan bapa di luar sana,” puji netizen.
Terdahulu, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki Muhammad Jibril yang kini berusia setahun.
Sebelum itu, pada Disember 2013, Fatin berkahwin dengan pelakon Adam Shahz dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada Mei 2017. – KOSMO! ONLINE