HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Sebuah kereta ‘ditelan’ lubang benam yang terbentuk di sebatang jalan di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, lapor laman berita Fox News.
Kejadian berlaku dekat kawasan kejiranan Port Richmond, bandar Philadelphia pada petang semalam.
Lubang besar itu muncul selepas saluran paip sepanjang 15.24 sentimeter pecah, menyebabkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjatuh ke dalamnya.
Wartawan Fox 29, Steve Keeley berkata, orang ramai yang tinggal berhampiran mendengar bunyi dentuman kuat sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa rumah mereka akan runtuh.
Pihak berkuasa menutup jalan di kedua-dua arah untuk membenarkan mereka menilai kerosakan.
“Kira-kira 30 rumah terputus bekalan air. Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk membaiki saluran paip serta mengeluarkan kereta tersebut daripada lubang,” tambahnya. – AGENSI