REMBAU – Penduduk di Taman Rembau Utama, di sini, melaungkan Allahuakbar dan azan saat melihat puting beliung melanda kawasan perumahan tersebut kira-kira pukul 7 malam tadi.
Seorang penduduk, Mohamad Azraf Hakimin Azizan, 26, berkata, ketika melihat angin berpusing tersebut ‘mencabut’ atap dan pokok di beberapa rumah jiran.
Katanya, dia yang berasa seram melihat angin tersebut betul-betul di hadapan mata terus melaungkan takbir.
“Ayah pula, Azizan Mat Ali, 48, melaungkan azan. Sebelum lorong rumah kami ini dilanda puting beliung, taman di lorong berlainan juga sudah dilanda ribut kira-kira pukul 6 petang.
“Lepas sejam di lorong kami lebih, lorong lain pula kena dan dalam kejadian ini selain atap rumah, sebuah kereta jenis Honda juga rosak ditimpa palang kayu atap rumah yang diterbangkan puting beliung,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi. -KOSMO! ONLINE.