SINGAPURA – Seorang lelaki berbaring di atas jalan raya di belakang sebuah kereta dan menghalang lalu lintas di Jalan Joo Chiat, Singapura, lapor portal berita Stomp semalam.
Satu rakaman video menunjukkan lelaki itu terbaring di atas jalan di belakang kereta di mana beberapa rakannya sedang berdiri.
Dia kemudian bangun dan berdiri sebelum bertinggung di tengah jalan sehingga mengganggu perjalanan sebuah van.
Van itu menyalakan lampu lampu tinggi ke arahnya, tetapi dia tidak bertindak balas atau bergerak, menyebabkan kenderaan itu mengelak dan meneruskan perjalanan.
Netizen menyelar tindakan lelaki berkenaan dan menggelarkanya sebagai pengacau.
“Alangkah baiknya jika ini boleh dikemukakan kepada Penguasa Pengangkutan Darat,” kata individu yang merakam klip video tersebut. – AGENSI