fbpx

Johor rekod FDI RM48.5 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) bersalaman dengan Pengerusi Kumpulan SPC, Hur Young-In sempena Majlis Pembukaan Rasmi Paris Baguette Logistics Malaysia Kitchen di Nusajaya Industry Park, Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor merekodkan nilai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM48.5 bilion pada tahun lalu, ketiga yang tertinggi di Malaysia.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, prestasi pelaburan 2024 itu menunjukkan pertumbuhan positif meningkat sebanyak RM5.4 bilion berbanding RM43.1 bilion pada tahun sebelumnya.

“Mengikut data yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), prestasi FDI yang direkodkan sehingga suku ketiga tahun lalu adalah sebanyak RM18 bilion.

“Namun pada suku keempat, kita berjaya meningkatkan jumlah pelaburan itu dengan merekodkan nilai FDI berjumlah RM30.5 bilion dalam tiga bulan terakhir itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kilang Hab Halal Pertama Paris Baguette di Nusajaya Tech Park, di sini, hari ini.

Mengikut statistik dikeluarkan MIDA, Selangor merekodkan FDI tertinggi dalam negara sebanyak RM101.1 bilion diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM91.5 bilion), Johor (RM48.5 bilion), Kedah (RM45.8 bilion) dan Pulau Pinang (RM32 bilion).

Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar FDI di Johor dengan nilai RM34 bilion manakala sektor pembuatan menyumbang RM14.2 bilion pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI