fbpx

Mercedes mula era baharu tanpa Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL menjadi sandaran terbaik Mercedes untuk menghadapi saingan F1 musim ini. - AFP

LONDON – Pasukan Mercedes memulakan era baharu dalam saingan Formula Satu (F1) dengan pelancaran jentera W16 mereka awal pagi semalam dan menandakan musim pertama pasukan itu tanpa Lewis Hamilton sejak 2012.

Selepas pemergian juara dunia tujuh kali itu ke Ferrari, Mercedes mempertaruhkan pelumba muda Itali, Andrea Kimi Antonelli, 18, untuk bergandingan dengan George Russell dalam usaha mengembalikan dominasi mereka di litar.

Ketua pasukan, Toto Wolff menyifatkan bahawa musim 2025 sebagai permulaan baharu buat Mercedes-AMG dalam sukan permotoran.

“Kami sedang membina kesinambungan daripada warisan luar biasa yang telah dicipta, dan kami tidak sabar untuk kembali ke trek,” katanya.

Menurut Wolff, pemilihan Antonelli dan Russell membuktikan komitmen pasukan dalam membangunkan bakat muda menerusi program junior mereka.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Mercedes, James Allison menjangkakan persaingan lebih sengit tahun ini dengan lebih banyak pasukan berpeluang merebut kemenangan sebelum perubahan besar peraturan teknikal pada 2026.

“Kami akan menyaksikan banyak pemenang berbeza, malah lebih banyak pasukan berpeluang menaiki podium berbanding empat pasukan yang memenangi perlumbaan tahun lalu,” tambahnya.

F1 musim 2025 akan bermula dengan ujian pramusim di Bahrain dari 26 hingga 28 Februari, sebelum perlumbaan pembuka tirai berlangsung di Australia pada 16 Mac. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN