fbpx

Hud Aryan mungkin jatuh parit, hilang dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung turut membantu mencari Hud Aryan (gambar kecil) yang hilang di Kampung Aira, Kuala Tiga dekat Tanah Merah hari ini. -Foto JBPM / KOSMO!

TANAH MERAH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan yang hilang sejak malam tadi dipercayai terjatuh ke dalam parit yang terletak berhampiran dengan rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, sebelum ini ibu kanak-kanak terbabit kerap membawa Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi ke kawasan parit itu untuk bermain air.

Menurutnya, bagaimanapun, kanak-kanak itu juga berkemungkinan memasuki kawasan hutan di sekitar kawasan rumah neneknya.

“Pencarian mangsa sudah dijalankan di sekitar radius dua kilometer dari rumah neneknya, namun tiada sebarang petunjuk diperoleh buat masa ini.

“Dua anjing pengesan JBPM turut membantu operasi mencari Hud Aryan yang diharap dapat memberi petunjuk baharu sama ada mangsa hilang di dalam parit atau hutan berdekatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Zulkifli memberitahu, seramai 20 pegawai dan anggota balai bomba Tanah Merah terbabit dalam operasi itu dengan dibantu Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki hilang dalam kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI