fbpx

Terengganu lancar Ops Supik Hitam pantau kaki ponteng puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu melancarkan Ops Supik Hitam (Plastik Hitam) bagi membanteras aktiviti ponteng puasa dalam kalangan orang Islam pada bulan Ramadan yang bakal tiba pada hujung minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perbuatan makan secara terbuka pada bulan Ramadan tetap dipandang serius walaupun ia tidak begitu serius di negeri ini.

Beliau, berkata, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan untuk memantau operasi premis makanan dan kedai serbaneka termasuk milik pengusaha bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

“Golongan peniaga (premis makanan) diingatkan mematuhi peraturan waktu jualan ditetapkan setiap PBT berkenaan sepanjang bulan Ramadan.

“Kita beri amaran awal-awal sebelum masuk bulan Ramadan. Sekiranya masih tidak patuh, tindakan akan diambil,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Muhammad Khalil berkata, premis makanan ‘panas’ yang kerap melakukan kesalahan menjual makanan kepada golongan tidal berpuasa sebelum ini juga telah dikenalpasti Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI