fbpx

Pemandu lori rempuh rumah, lari dari JPJ didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis sebaik keluar dari kamar Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka. ini.-Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Tindakan seorang lelaki memandu lori secara melulu sehingga merempuh sebuah rumah gara-gara cuba meloloskan diri dari penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) minggu lalu membawa padah apabila didenda RM5,000 hari ini.

Majistret Mahkamah Alor Gajah, Dr. Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah yang dibuat tertuduh, Muhammad Zulhairul Idham Zulkamal, 27, sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menghalang tugas penjawat awam dengan melarikan diri ketika diarahkan berhenti oleh anggota JPJ di susur keluar Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA) menghala ke Lebuh Ayer Keroh pada 19 Februari lalu, kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan baru bekerja sebagai pemandu lori selain perlu menanggung seorang anak yang masih kecil berusia dua bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fikri Hakim Zamri bagaimanapun memohob agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam kerana tindakannya bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Dr. Teoh Shu Yee menetapkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dalam prosiding sama, Muhammad Zulhairul turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Alor Gajah pada hari sama kira-kira pukul 10.15 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 38B akta sama yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman bagi menunggu serahan laporan kimia dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI