fbpx

Dicekup kurang satu jam selepas menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas daripada suspek kes samun melibatkan seorang warga asing di sebuah rumah di Pandan Indah semalam.

AMPANG JAYA – Tindakan seorang lelaki menyamun warga asing yang ingin mencari kotak untuk dijual akhirnya memakan diri selepas dia diberkas polis di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah 18, Pandan Indah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pukul 4.34 petang sewaktu mangsa seorang lelaki warga Myanmar berusia 49 tahun sedang mencari kotak di kawasan tersebut sebelum didatangi suspek.

“Suspek yang berusia 32 tahun memaklumkan bahawa dia mempunyai kotak yang banyak di dalam rumahnya dan ketika mangsa mahu masuk ke rumah itu menerusi pagar hadapan, suspek kemudiannya bertindak mengacukan sebilah pisau dan menyamun beg mangsa yang mengandungi wang tunai.

“Kejadian tersebut disaksikan oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis dan anggota yang tiba tidak lama kemudian telah membuat tangkapan ke atas suspek pukul 5.10 petang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, antara barangan yang turut dirampas adalah sehelai baju-T berwarna putih, sehelai seluar pendek berwarna hitam, sebilah pisau berhulu berwarna hitam dan wang tunai berjumlah RM53.

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah melibatkan kes samun, pecah rumah, curi, ugutan jenayah, mencederakan orang dan dua rekod dadah.

“Suspek kini direman tujuh hari sehingga 31 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI