fbpx

Penolong jurutera salah guna kuasa babit projek RM13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penolong jurutera sebuah universiti awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa babitkan projek bernilai RM13 juta.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang penolong jurutera sebuah universiti awam ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan disyaki salah guna kuasa membabitkan projek lebih RM13 juta di universiti terbabit.

Permohonan reman di Mahkamah Majistret itu dibenarkan oleh Majistret Nur Fatin Mohamad Farid bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen Kesalahan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana salah guna kuasa.

Terdahulu, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam tadi di Pejabat SPRM Johor, di sini.

Lelaki itu difahamkan telah menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan system mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melupuskan sisa binaan tersebut menyebabkan pihak universiti mengalami kerugian RM500,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI