fbpx

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak usir pemilik tanah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan menyebabkan pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, status tanah yang asal sama ada Rizab Melayu atau status kekal juga tidak akan berubah dibawah RUU PSB yang telah pun terangka lebih 10 tahun lalu tersebut.

“Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan. Dalam mana-mana negara yang pesat membangun dan muncul bandar-bandar yang kian berkembang, tentu kita hadapi bangunan yang tidak selamat, bangunan kawasan sesak dan miskin di mana harus dibangunkan dan projek terbengkalai.

“Sebab itulah sejak tahun 2012 Garis Panduan (Pembaharuan Semula Bandar) dikemukakan. Pada tahun 2013 diusulkan dan dan seterusnya tahun 2015, proses pengggubalan dimulakan. Jadi soal gopoh itu, saya tidak faham mengapa dibangkitkan sekarang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai komitmen kerajaan memastikan tiada sesiapa pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan disebabkan RUU berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pada Disember 2020, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerajui program embaharuan itu terutama rumah pangsa yang berusia lebih 40 tahun.

Menurut beliau, pada tahun 2021, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin memulakan penggubalan RUU PSB.

Kata beliau, pada 22 Mac 2022, bekas Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meneruskan dan menegaskan princip yang sama.

“YB Arau (bekas Menteri Wilayah Persekutuan) pada September 2022 menetapkan DBKL telah mengenal pasti 30 kawasan untuk pembaharuan semula. Sejak 2012, 74 kali sesi libat urus diadakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI