SEREMBAN – Seorang akauntan mengalami kerugian lebih RM100, 000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan skim pelaburan saham tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kejadian bermula apabila wanita tempatan berusia 45 tahun itu berkenalan dengan seorang individu tidak dikenali melalui Aplikasi Weibo (China) yang menawarkan skim pelaburan saham pada 9 Disember tahun lalu.
“Mangsa telah dijanjikan dengan pulangan lumayan dan telah membuat transaksi pindahan wang ke dalam akaun yang diberikan dengan jumlah sebanyak RM116,039.
“Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas tidak dapat membuat pengeluaran wang pelaburan dan keuntungan yang dijanjikan,”katanya. – KOSMO! ONLINE