fbpx

Penolong jurutera disyaki salah guna kuasa libatkan projek RM13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penolong jurutera sebuah universiti awam kerana disyaki salah guna kuasa membabitkan projek lebih RM13 juta di universiti terbabit.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam di Pejabat SPRM Johor, di sini.

Lelaki itu difahamkan telah menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan system mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melupuskan sisa binaan tersebut menyebabkan pihak universiti mengalami kerugian RM500,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi hari ini bagi mendapatkan permohonan reman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI