fbpx

Premis lombong Bitcoin di Kuala Perlis diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD (kiri) menunjukkan set mesin perlombongan mata wang kripto Bitcoin di Balai Polis Simpang Empat, Kangar, hari ini.

KANGAR – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket perlombongan haram mata wang kripto Bitcoin yang menyebabkan kerugian RM1.3 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), baru-baru ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, dalam serbuan pada pukul 5 petang, 18 Januari lalu, sepasukan anggotanya membuat serbuan di sebuah premis perniagaan di Kuala Perlis.

“Hasil serbuan, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan mata wang kripto Bitcoin.

“Suspek dikesan menjalankan operasi itu dengan melakukan penyambungan elektrik secara tidak sah, menyebabkan kerugian besar kepada pihak TNB,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Simpang Empat, di sini hari ini.

Katanya, serbuan itu dilakukan hasil maklumat operasi khas yang digerakkan oleh pasukan petugas khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

“Polis turut merampas sebanyak 42 set mesin perlombongan Bitcoin dianggarkan bernilai RM126,000, selain beberapa peralatan lain termasuk komputer, telefon bimbit dan televisyen litar tertutup.

“Semakan pihak TNB mendapati premis tersebut telah melakukan penyambungan elektrik tidak sah yang dianggarkan menyebabkan kerugian sebanyak RM1.3 juta dan telah beroperasi sejak tahun lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI