fbpx

‘Tak nak salah cakap, bimbang orang tuduh kami melebih-lebih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella enggan mengulas spekulasi semakin akrab dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bagi mengelakkan salah faham.

PETALING JAYA – Didakwa semakin intim, pelakon dan penyanyi Bella Astillah enggan mengulas spekulasi semakin akrab dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bagi mengelakkan salah faham.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, tindakan tersebut terpaksa dilakukan disebabkan bimbang dirinya tersalah cakap.

“Saya tak nak ulas lebih-lebih sebab rasanya saya dah banyak cakap ketika buat ‘live’ (bersiaran langsung) dengannya.

“Lagipun saya tak nak tersilap atau terlebih cakap bimbang nanti orang menuduh kami yang melebih-lebih,” katanya ketika menghadiri pelancaran produk kecantikkan Vitalove.

Ibu tunggal anak dua itu menegaskan tumpuan utamanya kini adalah terhadap kerjaya selain kepada keluarga.

“Kalau boleh saya nak tolak tepi hal peribadi kerana fokus utama saya adalah perbaiki lagi skil lakonan dan nyanyian.

“Saya juga mahu bagi lebih perhatian terhadap anak-anak serta keluarga,” ujarnya.

Mengulas komen peminat yang mendoakan jodohnya dengan ahli politik berusia 33 tahun itu, Bella hanya menzahirkan terima kasih atas keprihatinan ramai.

”Saya tiada komen untuk itu (jodoh), tetapi saya berterima kasih untuk segala komen positif yang diberikan.

“Sebagai manusia biasa bila orang mendoakan baik-baik kita pun rasa gembira. Jadi harapnya berterusan begitu.

“Memang sejak beberapa minggu lalu saya tengok netizen suka lihat saya dengan dia.

“Cuma lebih elok biarkan sahaja di situ, selebihnya saya ingin fokus cari rezeki untuk anak-anak dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, paling penting dia senang bekerja dengan Syed Saddiq sepanjang menjayakan kempen promosi persalinan hari raya sebuah jenama pakaian.

“Sangat mudah bekerja dengan Syed Saddiq. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Baru-baru ini pada sesi live di laman sosial, Bella mengakui semua yang dipertontonkan mengenai hubungannya dan Syed Saddiq bukan sekadar strategi pemasaran selain tidak menyukai gimik.

Sekali gus kenyataan tersebut seolah-olah menggambarkan keakraban antara mereka seperti membibitkan cinta.

Mereka mula mencuri perhatian ramai apabila bersama-sama menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah, yang juga sebahagian kempen jenama diwakili, baru-baru ini.

Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu yang berjudul Tapi Bukan Denganmu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI