fbpx

Inspektor, Koperal direman babit kes curi RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua pegawai polis dengan pangkat Inspektor dan Koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi wang tunai bernilai RM300,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya membuka kertas siasatan terbabit sejurus menerima laporan.

“Tangkapan dilakukan terhadap dua pegawai polis berpangkat Inspektor dan Koperal berusia 44 tahun dan 34 tahun pada Sabtu lalu.

“Reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dipohon semalam dan telah dibenarkan selama sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Kes masih dalam siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat dan menasihatkan sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan secara terus untuk memastikan keadilan terjamin,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI