fbpx

Kumpulan MBSB, GEFI dan AICB perkasa kewangan beretika di ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad; Pengerusi GEFI Dame, Susan Rice; Pengarah Urusan GEFI, Omar Shaikh; Ketua Pegawai Eksekutif AICB, Edward Ling dan Pengerusi Kumpulan MBSB Datuk Wan Kamaruzaman. - Foto FACEBOOK MBSB

PETALING JAYA – Forum SDG Hive ASEAN yang pertama telah diadakan di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) sempena persidangan Ethical Finance ASEAN 2025, baru-baru ini.

Program anjuran bersama oleh Global Ethical Finance Initiative (GEFI) dan AICB, dengan sokongan Kumpulan MBSB itu bertujuan untuk membentuk landskap kewangan mampan di rantau ini.

Perbincangan itu tertumpu kepada realiti peralihan ke arah ekonomi rendah karbon sambil menyeimbangkan kelestarian dengan pertumbuhan ekonomi di ASEAN.

Antara panelnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef, berkata, instrumen kewangan patuh syariah dapat mempercepatkan langkah menangani perubahan iklim seiring kemasukan ekonomi.

“Institusi kewangan seperti MBSB membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada amalan yang lebih hijau, memandangkan akses kami kepada skim kerajaan dan kepakaran pembiayaan.

“Peranan kami adalah untuk mengumpulkan pelbagai pilihan pembiayaan, memudahkan PKS menerima pakai penyelesaian lestari tanpa menjejaskan pertumbuhan mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Ahli Lembaga Pengarah MBSB Bank, Zaman Ahmad pula berkata, dengan pelaksanaan cukai karbon yang bakal diperkenalkan, PKS perlu menilai semula model perniagaan mereka untuk kekal berdaya saing.

“Berita baiknya ialah terdapat pelbagai platform dan penyelesaian pembiayaan yang tersedia untuk membantu mereka beralih dengan lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN