fbpx

ACC 2025: Aisyah sambar pingat perak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISYAH (tengah) meraih pingat perak kedua pada ACC 2025 selepas muncul naib juara dalam acara perlumbaan mata. - AMIR KHALID

NILAI – Olimpian negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir terus menampilkan kayuhan bertenaga pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 apabila meraih pingat perak dalam acara perlumbaan mata elit wanita.

Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai Negeri Sembilan hari ini, dia berjaya menamatkan saingan dengan jarak 25 kilometer (km) itu sebagai naib juara selepas mengumpul 20 mata keseluruhan.

Pingat emas acara tersebut menjadi milik pelumba Jepun, Maho Kakita yang mengutip 44 mata manakala gangsa dimenangi Nafosat Kozieva dari Uzbekistan menerusi catatan 19 mata.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berjaya meraih pingat perak dalam acara ini. Saya sendiri tidak menyangka akan berada di podium kerana perlumbaan ini memang sangat mencabar kemampuan.

“Ia benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental kerana ada 100 pusingan selain setiap 10 pusingan ada pecutan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.

Aisyah yang beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara berbasikal lebuh raya kini mengumpul dua pingat perak peribadi selepas turut menjadi naib juara acara scratch elit wanita semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI