fbpx

Gaji CEO tidak ditentukan zaman saya jadi menteri – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven

KUALA LUMPUR – “Soal gaji ini tidak ditentukan pada zaman saya masuk jadi menteri,” kata Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), HRD Corp dan Talent Corp didakwa antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan.

Kata Steven Sim, beliau namun akan meminta pegawai Kesuma memberi senarai gaji CEO badan berkanun dan GLC terbabit supaya semua pihak memperoleh maklumat yang betul.

“Saya boleh berikan. Saya akan minta pegawai untuk berikan ‘breakdown’ (perincian). Ini supaya kita dapat bertindak secara adil kepada pegawai yang bertugas.

“Kita nak tarik bakat, kita harus mempunyai pakej pampasan yang baik. Kita akan memberikan maklumat yang betul, bukan maklumat yang sekadar ‘dengar-dengar’ sahaja,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja.

Terdahulu, Steven Sim menafikan dakwaan pihaknya menidakkan syor dan teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) apabila CEO HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood dibenarkan kembali bertugas.

Katanya, Kesuma malah menjadi kementerian pertama dalam sejarah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan LKAN.

Justeru, katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada terdapat kesalahan dilakukan oleh mana-mana individu.

“Perlu diingatkan, teguran PAC dan LKAN ketika pentadbiran dahulu. Tugas saya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Tugas seterusnya meneruskan reformasi memperbaiki tatakelola,” katanya.

Beliau turut menegaskan, reformasi dilakukan untuk mengelakkan kepincangan menyaksikan HRD Corp berjaya mengutip levi dan kelulusan penggunaan levi tertinggi tahun lalu.

Katanya, bagi latihan 1.5 juta pekerja, berlaku kenaikan hampir 20 peratus berbanding sebelum ini dan pendapatan turut meningkat.

“Saya katakan, ‘no one will be save’ kalau buat salah. Kita akan biarkan pihak berkuasa tentukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI