fbpx

Prabowo lancar Danantara urus aset hampir RM4 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono(kiri), Presiden Prabowo Subianto dan bekas presiden Joko Widodo(kanan) menghadiri pelancaran dana kekayaan berdaulat Danantara di Jakarta hari ini.-- AFP

JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto melancarkan dana kekayaan berdaulat baharu hari ini bagi menguruskan aset negara berjumlah lebih AS$900 bilion (RM3.96 trilion)  ketika beliau berusaha melonjakkan pertumbuhan Indonesia selaku ekonomi terbesar Asia Tenggara. 

Prabowo menandatangani dokumen bekaitan di Istana Presiden, Jakarta bagi merasmikan dana baharu tersebut. Ia dikenali sebagai Daya Anagata Nusantara (Danantara) dan ditubuhkan  berdasarkan sayap pelaburan Singapura, Temasek.

“Saya sebagai Presiden Republik Indonesia menandatangani dekri kerajaan tentang penubuhan dan pentadbiran Badan Pengurusan Pelaburan, Daya Anagata Nusantara,” katanya di Istana Presiden.

Prabowo berikrar memacu pertumbuhan ekonomi Indonesia daripada lima kepada lapan peratus setahun dan mengarahkan pemotongan meluas dalam perbelanjaan kerajaan bagi membiayai janji kempen pilihan raya beliau.

Langkah tersebut mencetuskan tunjuk perasaan pertama dalam pentadbiran beliau pada minggu lalu.

Danantara akan mengambil alih kawalan pegangan kerajaan dalam syarikat-syarikat milik negara menerusi bajet pendahuluan berjumlah AS$20 bilion(RM88 bilion), demikian menurut agensi berita Antara.

Kerajaan Indonesia tidak memberikan butiran tentang syarikat milik negara yang akan berada di bawah kawalan Danantara tetapi Prabowo berkata, beliau mahu Danantara akhirnya menguruskan aset berjumlah lebih AS$900 bilion.

Prabowo akan menggunakan dana itu sebagai jentera pelaburan dan berkata, ia boleh digunakan untuk membiayai lebih 12 projek pada tahun ini, dalam pelbagai sektor termasuk pengeluaran makanan dan tenaga boleh diperbaharui.

Danantara akan menjadi dana berdaulat kedua Indonesia selepas Pihak Berkuasa Pelaburan Indonesia yang dilancarkan dalam tahun 2021 dan memiliki aset berjumlah AS$10.5 bilion (RM44 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI