fbpx

[VIDEO] Buaya muncul lagi di PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan buaya air masin itu berkeliaran dan berenang di sepanjang pantai.

PORT DICKSON – Seekor buaya muncul lagi apabila dilihat berkeliaran di Pantai Purnama susulan tular satu video penampakkan reptilia tersebut di TikTok.

Difahamkan, pantai berkenaan antara lokasi yang paling menjadi tumpuan ramai di daerah ini selain Pantai Teluk Kemang.

Video tular yang dikongsikan pengguna berdurasi 33 saat itu menunjukkan buaya air masin itu berkeliaran dan berenang di sepanjang pantai berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah buaya yang sama yang sesat di Pantai Cermin sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya mensyaki buaya yang kelihatan dalam video tular itu adalah buaya sama yang ditemukan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kami akan mengenal pasti lokasi sebenar penemuan buaya berkenaan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@wanderglambites #crocodile spotted in Port Dickson, Malaysia #Malaysia #Buwaya #PortDickson #Beach #TanjungTuan #HutanRekreasiTanjungTuan ♬ original sound – wanderglambites on IG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI