fbpx

EPL: Senarai cedera Man. United makin panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED terus berdepan isu kecederaan sehingga menyebabkan prestasi mereka gagal dipulihkan. - AFP

MANCHESTER – Manchester United terus dirundung malang selepas senarai pemain tonggak mereka yang cedera semakin panjang apabila pemain pertahanan kanan, Noussair Mazraoui dilaporkan menjadi nama baharu.

Mazroui dilapor mengalami kecederaan lutut ketika United terikat 2-2 menentang Everton terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 oleh Leny Yoro dan perlu menjalani ujian pemeriksaan lanjut.

Laporan menyebut bahawa pemain itu tidak dapat disahkan sama ada mampu untuk beraksi pada perlawanan seterusnya menentang Ipswich Town di Old Trafford awal pagi Khamis ini.

United sebelum ini telah kehilangan khidmat tiga pemain pertahanan, Lisandro Martinez dan Jonny Evans serta Luke Shaw selain Kobbie Mainoo, Mason Mount, Toby Collyer dan Amad Diallo juga tersisih.

Siri kecederaan yang melanda pasukan itu menyaksikan pengurus, Ruben Amorim terpaksa menyenaraikan ramai pemain muda melibatkan Chido Obi-Martin, Ayden Heaven, Elyh Harrison, Sekou Kone dan Hubert Graczyk di bangku simpanan ketika menentang Everton.

“Amad akan tersisih untuk tempoh panjang. Saya fikir Mason dan Luke akan meneruskan proses pemulihan, Toby semakin hampir pulih, tetapi bukan dalam masa terdekat,” kata Amorim. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI