fbpx

[VIDEO] Warung nasi campur Taman Bukit Segar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran melibatkan bahagian dapur premis berkenaan. Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR – Sebuah warung menjual aneka jenis makanan di Jalan Manis 1, Taman Bukit Segar, di sini, nyaris musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada pukul 7.19 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras dikejarkan ke lokasi.

“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba (PB) Mohd. Faiz Zulhakim Mohammed Wadzir berkata, kebakaran melibatkan bahagian dapur restoran.

“Tindakan pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera bomba dan kebakaran berjaya dikawal dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas PGO KL, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran di lokasi berkenaan.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI