fbpx

Baung ekor merah, peacock bass mula membiak dalam Sungai Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan arapaima yang ditanda Jabatan Perikanan Terengganu di Zoo Mini Rimba Razia, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Dua spesis ikan ‘alien’ atau pendatang iaitu baung ekor merah dan peacock bass dikesan mula membiak di dalam lembangan sungai di negeri ini.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, ikan baung ekor merah dikesan di Sungai Terengganu berhampiran daerah ini manakala peacock bass pula di Tasik Telabak, Besut.

“Kehadiran kedua-dua ikan ‘alien’ terbabit dimaklumkan beberapa pemancing tempatan sejak bulan Januari tahun lalu. Kita sedang melakukan pemantauan, setakat ini populasi ikan baung ekor merah dan peacock bass tersebut masih terkawal dan tidak menjejaskan lagi ekosistem ikan tempatan,” katanya di Zoo Mini Rimba Razia di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui ketika mengetuai proses menanda ikan arapaima gigas atau pacu merupakan spesies larangan import yang antara haiwan terdapat di zoo mini berkenaan.

Ruzaidi memohon kerjasama orang ramai melaporkan segera penemuan sebarang spesies ikan pendatang yang mampu menjadi pemangsa kepada pejabat perikanan daerah terlibat bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ruzaidi berkata, individu yang berminat memelihara ikan larangan import seperti arapaima gigas perlu memohon lesen khas daripada Jabatan Perikanan.

Beliau berkata, setakat ini, hanya tiga lesen menyimpan arapaima gigas telah dikeluarkan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI