fbpx

Konstabel PGA dalang samun warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek yang hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang konstabel polis Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan bersama dua lelaki dan seorang wanita selepas terlibat dalam kegiatan samun ke atas warga asing di sebuah hostel pekerja di Medini, Iskandar Puteri di sini, 25 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi hari yang sama.

Menurutnya, anggota polis terbabit dipercayai mengetuai sekumpulan enam individu melakukan samun ke atas 11 warga India di hostel berkenaan.

“Pada 25 Disember tahun lalu, tujuh individu termasuk seorang anggota polis melakukan serbuan ke atas hostel pekerja di Medini, mereka melakukan samun ke atas pekerja asing.

“Mereka juga dipercayai memukul dan melarikan wang tunai RM6,310 milik warga asing. Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Ayob Khan berkata, polis telah melakukan pertuduhan ke atas empat suspek berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sementara itu, tiga lelaki termasuk anggota polis terbabit mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Sementara itu, suspek wanita dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI