fbpx

Mayat Kamardin ditemukan dalam belukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan APM membawa keluar mayat Kamardin (gambar kecil) dari kawasan belukar belakang rumahnya di Chuping, dekat Padang Besar hari ini.

PADANG BESAR – Kehilangan seorang warga emas terjawab apabila mayat mangsa ditemukan di kawasan belukar dekat belakang rumahnya di Kampung Gua Beringin, Chuping dekat sini tengah hari ini.

Mayat Kamardin Pin, 61, ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 30 meter di belakang rumahnya kira-kira pukul 12.03 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja sendiri dan sering masuk ke hutan berhampiran rumahnya untuk mencari tanah baja.

“Siasatan berhubung kejadian sama ada disebabkan tindakan sendiri atau unsur jenayah sedang dilakukan, namun buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Terdahulu, kata beliau, operasi SAR dilancarkan pada pukul 3 petang semalam melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk setempat.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam semalam kerana keadaan gelap dan disambung semula pada pukul 8 pagi tadi dengan bantuan pasukan bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan APM,” ujarnya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan Gua Beringin di belakang rumahnya di Kampung Gua Beringin di Chuping pada semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI